Kehebatan Surah Al-Waqiah
Alhamdulillah..hari ini saya diberi kesempatan masa dan ruang nak menulis tentang surah Al-Waqiah..bukanlah ustazah pun sekadar berkongsi..kerana saya tahu saya ada pembaca senyap di blog ini..
Pernah dihimpit masalah@bebanan hutang? Message bertalu2 minta bayar hutang..surat mahkamah..wow jgn cakap sindiran yg menyentak hati? Astagfirullah... jika yang tidak pernah mengalami situasi ini Alhamdulillah..jika yang mengalami pun ucapkanlah Alhamdulillah..Hidup ini penuh ujian ya..
Sesungguhnya Allah itu sayang kepada Hamba2Nya maka bersangka baiklah..
Nikmat apakah yang hendak kau dustakan?? Bertalu2 diulang ayat ini dalam Surah Al-Rahman..Saya pengamal tegar surah ini yalah bila diri dihimpit bebanan hutang saper lagi nak mengadu? Baliklah semula kepada Allah Yang maha Esa....mengadu merintih meminta.sujud menangis..Bukan pun sebab hutang tetapi sesungguhnya ayat-ayat suci Al Quran itu penyejuk jiwa
Sebenarnya dari zaman sekolah dah amalkan bukan kerana bebanan hutang tetapi tarikan dari membaca hadis tersebut:-
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, Abu Bakar Al-Siddiq berkata : "Wahai Rasulullah, sesungguhnya tuan berambut putih (kelihatan tua) Maka Nabi SAW bersabda: "Saya berambut putih (kelihatan tua) kerana surah-surah Hud, Al-Waqiah, Al-Mursalat, AmmaYatasaalun dan Iza Syamsu Kuwwirat" (HR Al Tarmizi)
Daripada Abi Dhibah berkata, " Telah sakit Abdullah yang boleh menyebabkan kematiannya. Maka diziarahi oleh Osman Ibnu Affan r.a, beliau bertanya, apa yg kamu adukan? Beliau menjawab: Dosa-dosaku dan apa yg kamu mahu sekarang? Beliau menjawab: Rahmat Tuhanku. Perlukah saya panggil doktor? beliau menjawab doktor lebih sakit daripada saya"
Usman berkata: "Adakah kamu perlukan kepada wang.."
Abdullah menjawab: "Saya tidak berhajat kepadanya."
Usman berkata : Ini untuk anak-anak perempuan kamu selepas ketiadaan kamu. Beliau menjawab adakah kamu takut anak-anak perempuan saya jadi miskin? Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya membaca surah "Al-Waqi'ah" tiap-tiap malam. Sesungguhnya saya dengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa membaca surah "Al-Waqi'ah" tidak akan jadi miskin selama-lamanya
Ada diantara anda tidak mahu menjadi Kaya? Dahulu saya juga bermentaliti biarlah hidup berpada-pada wasatiah tidak perlu terlalu kaya..namun sekarang saya berubah untuk berazam menjadi OKB - ORANG KAYA BERTAKWA..untuk menjadi pembayar zakat..menyumbang kepada yang memerlukan..kebebasan kewangan mutlak .. Money freedom time freedom..
Back to this surah..recently sewaktu hujung ramadhan saya berkesempatan untuk melihat tafsir Al-Quran di rumah MIL lately banyak pula yg saya jumpa surah Al- Waqiah ini bukan sahaja untuk penyubur rezeki tetapi untuk sentiasa menjadi MAHARANI di hati SUAMI..penawar kepada migrain..MASYA ALLAH benarlah segala kunci@ penawar penyakit ada dalam AL-Quran..
Apabila membuka tafsir ini saya lihat ada muka surat yang ada lipatan kecil..macam confius juga..ada apa dalam muka surat tersebut..setelah saya lihat rupanya begitu hebat amalan org yang berusia ini (MIL-age 64yrs) rupanya dalam surah yang ada ayat berupa doa ada lipatan kecil..Subhanallah malunya saya..rasanya hidup di usia 36 tahun masih jauh perjalanan dalam mencari kasih sayang Allah..
Jadinya disini saya kongsikan sedikit yang didapati dari Surah Al-Waqi'ah ini:-
Surah yang ke 56 dan terdapat 96 ayat..dalam surah Makkiyah dan diturunkan selepas surah Thoha..intipatinya adalah tentang KEIMANAN..
Huru hara terjadinya hari kiamat. Manusia diwaktu berhisab terbahagi atas 3 golongan
1. Golongan yang bersegera menjalankan kebaikan -golongan kanan
2. Golongan yang celaka serta balasan masing-masing -golongan kiri
3. Orang2 yang terdahulu beriman dan balasan syurga neraka..
PENAWAR MIGRAIN & SAKIT KEPALA
MENJADI MAHARANI DIHATI SUAMI-ISTERI
Al-Waqi'ah ayat 35-36
35: Dan sesungguhnya kami menciptakan mereka bidadari dgn langsung
36: dan kami jadikan mereka gadis-gadis perawan
Untuk dibaca didalam air sebelum masuk tidur
Sebagai penyubur rezeki amalkanlah
1) 1xsetiap hari
2) 3x selepas asar
Surah ini diakhiri dgn 2 ayat terakhir yang menyentuh jiwa
95: Sesungguhnya (yang disebutkan ini ) adalah suatu keyakinan yang benar
96: Maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Maha Besar
Alhamdulillah Terima kasih Allah memberi kelapangan untuk menulis hingga ke akhir ..sekiranya ada sedikit ilmu & kebaikan bila Tuan/Puan membaca entri ini saya sedekahkan pahala itu buat suami, ibu mertua, ayah & mak..semoga terbalas segala kebaikkan mereka mendidik saya selama ini..sesungguhnya perjalanan kehidupan ini singkat dan baki kehidupan ini biarlah dimanfaatkan sebaik mungkin..Al-Fatihah
Selamat beramal..
Mudah-mudahan sempat juga saya kongsikan rahsia Surah An-Nur yang perlu ada dalam jiwa setiap yg bergelar wanita..
Salam 9 Zulkaedah 1434



Comments
Post a Comment