Innalillah hi wainna ilahi rajiun..Hidup hanya seketika cuma


Bismillah...

Hati terdetik nak menulis tentang kematian yg entah bila detik dan masanya. Semoga apabila roh keluar dari jasad... ianya keluar seharum bau kasturi keluarlah disambut dgn malaikat yg dilangit yg mengalu2kan..kehadiran roh yang baik keluarlah secara Husnul Khatimah..

Ketika melayari alam maya ramai juga yg update kehilangan insan tersayang..ada juga pelajar yg telah awal meninggalkan dunia ini ke alam yg kekal ..sesungguhnya bila tiba masanya sesaat tidak lambat mahupun cepat..

Pada ketika ini ramai yg terlalu alpa hakikat kematian ..berpegang kepada motto "hidup hanya sekali..enjoy puas-puas..umur masih muda xkan nak let go" Astagfirullah..maka doakanlah mereka ini dapat kembali ke pangkal jalan diberikan taufik dan hidayah sebelum ajal menjemput pergi..


Berpagi-pagian begini selepas anak2 ke sekolah saya dan suami menghabiskan waktu di kebun mini kami..tiba-tiba suami bertanya..u tahu antara sebab org sekarang tak takut mati n lupa yg dia tu hidup hanya pinjaman sahaja? Jawab saya tentulah terpesona dgn dunia n dia ingat dia lebih kaya dari tuhan di langit..

Ooo..SALAH.. bukan ...banyak sebab antara sebabnya kita terlupa bahwa kita nie asalnya dari tanah..lepas tu pulak sekarang nie ramai org yang berpenyakit pelik2 kerana kaki tu tak menyentuh tanah..maksudnya sentiasa beralas dengan kasut mahupun selipar..tiada interaksi langsung dgn asal kejadian...

Mana abg dapat info nie logik akal? fakta atau AUTA? Ada dalam suatu ceramah ustaz yg bagitahu..bila difikirkan ada juga..benarnya...bila direnung hakikat kehidupan kita bersandarkan 3 interaksi..

1. Hablum minallah - hubungan dgn Allah
2. Hablum minnas - hubungan dgn manusia
3. Alam - hubungan dgn alam..

Maka nikmat apakah yg hendak didustakan?

Sesekali  berpijaklah di bumi nyata..bila memijak ke tanah tanpa beralas kasut yg mahal mahupun selipar jepun RM2 ingatlah kita juga akan kembali  pada-NYA Allah hurabbi pemilik kekayaan didunia dan akhirat..ditanam 7 kaki ke bawah..hancur menjadi sebahagian dari tanah..tiada membawa bekalan yg ada cuma kain kapan yg putih..

Jika adapun bekalan yg dibawa hanyalah

1. Doa isteri/suami & anak2 yang soleh
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Sedekah amal jariah

Subhanallah maha suci Allah..
Sesungguhnya Engkaulah yg Maha Berkuasa menghidupkan & mematikan sesuatu..
Ya Allah
Andai kehidupan ini baik untukku..maka izinkanlah aku untuk terus bertaubat, beribadah, beramal kepadaMu..Bersyukur dgn setiap rahmat & UjianMu..
Sekiranya kematian itu baik bagiku izinkanlah aku untuk bertaubat dgn taubat nasuha sebelum roh bercerai dgn jasad..
Ameen..

Sesungguhnya siapakah yang paling bijak antara kamu? Orang yg selalu mengingati mati itulah yg paling bijak. Gunakanlah setiap kesempatan nafas yg menghirup udara segar & jantung yg berdegup untuk mencari redha ilahi..

Wallahualam
2 Zulhijjah 1434

Comments

Popular posts from this blog

Tips+Doa Keluarga Bahagia..

Kehebatan Surah Al-Waqiah

DOA AMALAN MURAH REZEKI