DOA AMALAN MURAH REZEKI

Bismillah

Salam Hijrah...lama xmenulis kekangan masa dan juga sikap melayan kerenah badan semua bertaut..tapi menulis juga satu terapi buat saya..Alhamdulillah semoga tulisan yang bermanfaat dapat menambah nilai kepada yang membacanya ya :)

Dah bulan Muharram kalau Januari sibuk pula nak buat resolution baru..padahal yang perlu diagungkan adalah bulan Islam nie banyak peristiwa2 yang berlaku dalam bulan ini. Antara yang paling berkesan ialah peristiwa Hijrah Rasulullah SAW. Setelah berdakwah selama 13 tahun di Makkah berhijrah ke Madinah pula demi menegakkan syiar Islam. Yang boleh diambil iktibar ialah Hijrah itu pastinya akan mendatangkan sesuatu yang lebih baik..jadi sudah berhijrahkah kita dari sikap xtahu kepada ambil tahu?? tak jaga solat kepada yang menepati waktu? kurang berdekah kepada yang yang murah bersedekah walaupun dgn senyuman?? Wallahualam

Resolusi Hijrah saya pada tahun ini

from zero to hero
from nothing to somebody
from think small to think big
strong iman n faith
strong passion n love
progress to OKB - Orang Kaya Bertakwa


cuba anda tuliskan 101 impian ambil sebuah buku kecil dan mulakan menulis impian anda. Dari angan2 menjadi kenyataan. Dari tiada kepada ada. Dari cakap kosong kepada sesuatu yang nyata..sesungguhnya apa yang kita sebut, terlintas dalam hati tu adalah doa..jadi fikir lah yang baik2 yang seronok2 ya?? yang best tu letak juga gambar..nielah juga yang dikatakan POWER OF VISUALIZATION ..Xcaya ker?

It stated in Al-Quran ayat 23 Surah Adz- Dzaariyat

 " Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya yang dijanjikan itu adalah benar-benar (akan terjadi) seperti perkataan yang kamu ucapkan"



Nak buat baik nie yang kadang-kadang, jarang-jarang susah sangat. Nak istiqamah cakap baik2 kalau suasana di rumah penuh dgn maki hamun maka anak-anak yang lahir juga adalah yang low esteem kurang yakin..tak bersemangat..pemarah..suka mengamuk ya??

Di awal Muharram nie biorlah kita muhasabah diri, baiki mana yang kurang, tambah baik yang perlu, tampal mana-mana yang lompang dan yang paling PENTING jaga kesihatan untuk mudah beribadah kepada-NYA..Health is wealth..Disini juga saya sertakan doa2 untuk dideraskan rezeki dan berlipat ganda bagi anda yang sudi menjenguk ke blog saya. Semoga amalan ini menjadikan anda dan saya OKB- Orang Kaya Bertakwa..Ameen

“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” ; An-Nahl:18

Menambah rezeki menggunakan surah Alfatihah


dibaca 7x selepas solat fardhu
41x antara solat sunat subuh dan fardhu subuh
41x disepertiga malam
313 x dimana2 waktu yang sesuai mengikut anda selama 3, 5, atau 7 hari

Zikir Astagfirullah mulakan dgn 300- 1000 sehari semoga Allah mengampunkan kita atas dosa2 yang terdahulu dan kini..

Surah As- Shad ayat 54

Doa agar dipermudahkan


semoga sedikit perkongsian ini akan dapat menambah nilai untuk anda dan saya..mulakan dengan yang sedikit agar ianya akan jadi amalan yang besar dan bermanfaat

Salam Maal Hijrah
Jumaat 4 Muharram 1435/ 8 Nov 2013

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips+Doa Keluarga Bahagia..

Kehebatan Surah Al-Waqiah